Bonsai 500 tahun di Jeju
spesies flora tarikan Taman Bunjae Artpia di Korea SelatanKEGIGIHAN Bum-young Sung membangunkan tanah terbiar di Pulau Jeju, Korea Selatan pada tahun 1960-an sehingga kini menjadikannya taman terkenal, The Spirited Garden (Bunjae Artpia) yang dikunjungi ramai, cukup mengagumkan.
Pengabdiannya kepada satu keyakinan untuk menghasilkan taman bonsai dan batu yang tercantik di Korea Selatan, membuatkan sesiapa yang berkunjung ke taman ini, akan terpesona dengan seni bonsai dan taman yang dihasilkan selepas berpuluh tahun mengusahakannya.
Bunjae Artpia Garden, terletak kira-kira 80 kilometer dari pantai Jeju kini dipenuhi lebih 2,000 pokok bonsai dari lebih 100 spesies yang berusia sehingga 500 tahun, koleksi batu selain reka seni taman menarik.
0 comments:
Post a Comment