CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 24, 2009

GURU MESTI SUKA MEMBACA !!


Untuk pengetahuan korang semua, tema hari guru pada tahun 1988 adalah "GURU SEBAGAI PENGASAS BUDAYA MEMBACA".Dalam konteks pendidikan formal, guru memainkan peranan utama dalam usaha membina masyarakat berbudaya ilmu dan membaca. Melalui pembacaan, para guru sebagai golongan professional pendidikan dapat membimbing para pelajar dalam usaha membawa mereka memahami sesuatu suasana dalam konteks yang menggunakan perspektif yang betul dan wajar. Sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam “pelaburan tenaga manusia”, guru seharusnya peka dengan perubahan sekitar dan kepekaan tersebut hanya akan terangsang melaui pembacaan.

Melalui pembacaan yang luas, teliti, analitis serta kritis, guru bukan sekadar berperanan sebagai “penuang fakta” tetapi menghubungkaitkan sesuatu fakta dengan hal ehwal sekitar yang bermakna bagi pelajar dan negara melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang peka terhadap perkembangan ilmu dan cintakan profesion perguruannya akan berusaha sepanjang hayatnya untuk membaca, mengumpul maklumat dan kemudian memberi satu tafsiran yang sistematis dan bermakna tentangnya. Ini menjadikan proses pengajarannya menjadi relevan dengan hasrat falsafah pendidikan, masyarakat bangsa dan negara.


0 comments: